TEORI KURIKULUM DALAM PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
Teori adalah konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu pembolehubah untuk meramal keputusan (Stanovich, 1992). Teori juga boleh dijelaskan dengan makna tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu (Johnson & Christensen, 2011) Teori Kurikulum Disiplin Mental :- Menggunakan logik psikologi indera sebagai asas huraian. Akal mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan, khayalan, penaakulan, kehendak, pemerhatian dan sebagainya. Merupakan psikologi indera (akal mempunyai otot yang perlukan latihan mental). Mengutamakan latihan mental untuk membina otot akal serta meningkatkan keupayaan menjalankan operasi akal fikiran. Fungsi sekolah adalah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal manakala fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal. Liputan kurikulum memuatkan apa sahaja pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal dengan harapan pada akhirnya...