TEORI KURIKULUM DALAM PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Teori adalah konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu pembolehubah untuk meramal keputusan (Stanovich, 1992). Teori juga boleh dijelaskan dengan makna tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu (Johnson & Christensen, 2011)

  • Teori Kurikulum Disiplin Mental:- Menggunakan logik psikologi indera sebagai asas huraian. Akal  mempunyai otot yang terdiri daripada indera ingatan, khayalan, penaakulan, kehendak, pemerhatian dan sebagainya.
  • Merupakan psikologi indera (akal mempunyai otot yang perlukan latihan mental). 
  • Mengutamakan latihan mental untuk membina otot akal serta meningkatkan keupayaan menjalankan operasi akal fikiran.
  • Fungsi sekolah adalah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal manakala fungsi kurikulum ialah untuk memperhaluskan keupayaan otot akal.
  • Liputan kurikulum memuatkan apa sahaja pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal dengan harapan pada akhirnya individu itu dapat memilih maklumat yang positif dalam kehidupannya.
  • Teori Kurikulum Saintifik
  • Pengasas: Bobbit.
  • Logik: Sekolah merupakan klang yang memproses input bagi menghasilkan output. Murid sebagai bahan mental dari input yang diproses di sekolah supaya menjadi output yang bersedia memikul peranan masing-masing. Manusia seolah-olah seperti barangan keluaran industri.
  • Pembahagian kurikulum: Perlu dibuat dengan merujuk kepada peranan orang yang berlainan dalam kelas sosial masing-masing.
  • Reka bentuk kurikulum: Individu Murid yang hendak diajar perlu dirancang dengan melibatkan sub aktiviti yang lebih terperinci. Bagi membolehkan murid belajar sendiri.
  • Liputan kurikulum
    • mengadakan aktiviti yang dikenalpasti wujud dalam kehidupan manusia.
    • Aktiviti boleh dipetakn melalui operasi saintifik (analisis aktiviti).
    • Aktiviti análisis sehingga ke tapa yang spesifik.
    • Aktiviti mengikut disiplin ilmu yang relevan.
    • Keupayaan, sikap, tabiat, dan tingkah laku yang dikenalpasti untuk dilaksanakan dałam aktiviti pengajaran dań pembelajaran.
  • Kekuatan:
    • Guru-guru boleh Kereta bentuk kurikulum sendiri. Sekolah dapat memorises murid supaya menjadi "outcome" yang bersedia dan berupayu memikul peranan masing-masing dalam kehidupan.
  • Kelemahan:
    • Logik teori kurikukulum saintifik tidak berupaya menjelaskan perkembangan kurikulum kerana teori ini monegaskan betapa pentingnya kanak-kanak dibezakan menurut darjah kecerdasannya untuk memberi mereka latihan spesifik yang selaras dengan takdir meraka dalam masyarakat.
  • Teori Kurikulum Fungsional:
  • Pengasas: Durkheim & Parson.
  • Logik: Fungsi sosial dalam sistem.
  • Sekolah berfungsi memasyarkatkan kanak-kanak untuk menghayati ciri budaya sejagat masyarakat serta diorientasikan kepada pelbagai nilai dan budaya yang berkait dengan peranan pekerjaanya pada masa hadapan.
  • Liputan kurikulum:
    • Membuatkan budaya umum dan khusus.
    • kurikulum menyediakan fatihan kemahiran pekerjaan.
    • Peluang pekerjaan diwujudkan untuk dipenuhi tenaga manusia terlatih dari masa ke semasa.
  • Pembahagian kurikulum:
    • Kurikulum dibahagikan kepada berbagai bidang/program bagi melahirkan tenaga terlatih yang dapat memenuhi petak pekerjaan.
    • Kurikulum mestilah dapat memenuhi tuntutan masyarakat yang agar generasi muda ini dapat menerima budaya masyarakat yang wajar agar sebagai bekalan ketika meraka dewasa.
  • Reka bentuk kurikulum:
    • Kurikulum rasmi mestilah mendefinisikan tingkah laku, budaya, norma, dan nihai masyarakat.
    • Kurikulum rasmi mestilah sempurna dan lengkap kerana akan dilaksanakan dan dipatuhi.
  • Perkembangan kurikulum:
    • Mencadangkan perlunya kemahiran bagi melaksanakan pekerjaan.
    • Sedia berubah mengikut perkembangan teknologi.
  • Teori Kurikulum Berasas Sekolah:
  • Pengasas: Dewey, Macdonald, Saylor & Alexander.
  • Logik: Morfogenesis iaitu Konflikt struktur sosial. Golongan dominan bertentangan dengan golongan penyanggah untuk kuasai sistem.
  • Pembahagian: Sekolah berfungsi untuk mengukuhkan golongan dominan (kuasa, pekerjaan, & kekayaan).
  • Liputan kurikulum:
    • Dirumuskan oleh golongan dominan berpandukan cejara budaya falsafah dan ideologi.
    • Kurikulum sebagai alat ideologi melemahkan golongan penyanggah (penentang).
  • Pembahagian kurikulum:
    • Kurikulum sebagai alat kawalan sosial dan mengekalkan keuntungan golongan dominan.
    • Pelbagai jurusan / program diadakan untuk membahagikan kurikulum kepada murid-murid yang berbeza dari sei individu.
    • Pelbagai syarat dikenakan untuk menempat murid tertentu ke dalam jurusan/ program tertentu.
  • Reka bentuk kurikulum:
    • Teori Analisis: Reka bentuk ditentukan oleh kuasa dominan pada peringkat masyarakat, institusi.
    • Seimbangkan kuasa dominan dan penyanggah (Goodland, 1972).
    • Teori Hegemoni: Reka bentuk kurikulum yang dilaksanakan oleh guru sebagai penyelesaian konflik guru-murid ke atas tekanan kurikulum rasmi dalam latar setempat.
  • Perkembangan kurikulum:
    • Dilaksanakan oleh institusi rasmi yang dikawal oleh golongan dominan.

            

Comments